Saturday, 13 July 2013

SERAWA PISANG NANGKA

Hari ini berbuka puasa ckg sediakan hidangan serawa pisang sebagai pencuci mulut. Kebetulan semalam tok ckg bagi seplastik pisang nangka yang telah masak baki yang diambil dari kerepek pisang.Tok ckg ni berniaga kerepek pisang nangka.Nanti kita cerita yang itu. Serawa pisang nangka amat mudah disediakan dan enak dimakan sebagai salah satu menu manisan.Bahkan cara penyediaannya mudah lagi cepat.Serawa pisang ini boleh juga guna pisang lain seperti pisang tanduk, pisang awak dan pisang abu.Menurut pakcik gugel serawa juga dikenali sebagai pengat.Jika di kedah pengat ini dikenali sebagai serawa. Pengat pisang merujuk kepada jenis masakan berkuah manis yang menggunakan pisang sebagai bahan utama yang dimasak. Ianya popular di bahagian Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Tetapi sekarang ini kat mana-mana pun serawa pisang ini agak popular. Serawa pisang dimasak bersama santan dan gula bagi menghasilkan hidangan berkuah pekat yang lemak manis. Daun pandan diletakkan bagi mewangikan hidangan. Lets see the recipe ok:

Serawa Pisang

1 Sikat pisang nangka (potong serong)
3 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
1 sudu sagu yang direndam
1/2 cawan gula merah  (dimasak dengan santan cair sekejap dan ditapis)
1 sudu gula
secubit garam
2 helai daun pandan (disimpul)

Cara-cara;
1- Masakkan santan pekat, masukkan garam dan kacau jangan sampai berbuih membuak.
2-Masukkan sagu dan kacau hingga agak jernih sambil mengacau perlahan-lahan.
3-Masukkan pisang, kacau.
4-Masukkan gula merah yang dimasak dan ditapis tadi.
5-Masak seketika dan padamkan api.
6- Sedia dihidang.

hasilnya
ha 
pisang nangka


gula merah, sagu dan daun pandan, jangan lupa santan


p/s: Sedap dihidang bersama secawan teh buat hidangan minum petang.Selamat mencuba:)



No comments:

Post a Comment