Semalam ckg menghabiskan waktu petang dengan membuat kuih donut bersama anis dan nisa. Sebenarnya buntu tak tahu nak buat aktiviti apa dengan si kecil di bulan - bulan puasa ini. Jadinya selepas puas menyelongkar singgahlah ke blog mat gebu. Donut . Humm menarik, bahan- bahan pun semuanya dah ada. Cuma nak menguli saja.Sebenarnya ckg rasa agak malas nak menguli . Masa tu terfikir kalaula ada breadmaker kan best:). Angan-angan jer lebih. Tapi demi anak-anak tersayang hampir 2 jam juga proses mendonut siap. Sampai terlajak waktu berbuka puasa. Seronok lihat anak-anak menguli donut. Pelbagai soalan yang anis tanya. Anis memang suka bertanya sampaikan tak terjawabla. Mula-mula itu agak sedikit stressla sebab anis nak conquer semua doh untuk dia. Tapi setelah dipujuk dengan pelbagai betuk doh akhirnya berjaya juga siap donut gebus ni. Donut ini sangatla gebu dan rangup.Mohon share resepi di sini ye cik Mat.
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
3 camca besar susu tepung
3 camca besar gula halus
3 camca besar lemak sayuran
1/2 sudu teh garam
200 ml air suam
2 camca teh instant yeast(satukan dengan air berbuih)
sedikit air extra
CARA MEMBUATNYA :-)
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
3 camca besar susu tepung
3 camca besar gula halus
3 camca besar lemak sayuran
1/2 sudu teh garam
200 ml air suam
2 camca teh instant yeast(satukan dengan air berbuih)
sedikit air extra
CARA MEMBUATNYA :-)
- Satukan tepung gandum, susu tepung, gula halus, lemak sayur dan garam. Kacau rata. Tuang bancuhan yeast + air suam dan gaul rata hingga menjadi doh, jika tak cukup air, tambah dengan sedikitlagi air. Uli hingga licin dan tidak melekat di mangkuk adunan.
- Canai doh tadi dan terap dengan acuan donut, alih ke dalam dulang yang telah ditabur sedikit tepung, buat hingga siap. Biarkan 30 minit hingga naik (mat biarkan 45 minit).
- Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat, toskan dan letak atas paper towel. Gaul dengan gula.
inilah hasilnya |
donut pelbagai rupa |
boleh chef cilik |
mula dah main |
No comments:
Post a Comment