Tuesday, 2 July 2013

REBUNG MADU + SUKUN

Hari ini kami kekurangan guru lagi.Tolongg semalam pun 4 orang jer yang tinggal. Yang ada cuma saya, cikgu Yana, cikgu Yusainie dan cikgu Watie. Setiap dari kami terpaksa masuk kelas yang sama dari pagi sampai tengahari.  Tapi demi mendidik anak murid tercinta kami redahi juga berjam-jam di kelas. Kebiasaannya kelas kalau tiada guru memang tidak boleh dibiarkan akan  bising dan murid mula tidak duduk diam.Ada yang ke sana ke mari. Biasala mereka yang istimewa ini kan. Nak tak nak kena bagi mereka buat kerja. Selepas waktu rehat cikgu Yusaini mengambil alih di dapur jadi chef sekejap ajar murid kelas A memotong rebung madu dan menggoreng sukun. Rebung madu is my favourite. Sejak duduk sini saya dah jatuh hati dengan rebung madu. Tapi di pasar susah nak cari yang fresh dari ladang. Kebetulan cikgu Yusaini bawa dari rumah rebung dan sukun. Apa itu rebung madu? Jum kite gugel kat pakcik wiki.Buluh madu atau nama saintifiknya "Gigantochloa albociliata", merupakan sejenis pokok Buluh. Buluhnya sesuai dijadikan produk kraftangan, perabot, batang pengepit makanan, pencungkil gigi, atau pencucuk makanan. Ia juga boleh dijadikan sebagai pokok hiasan, tetapi hasil buluh madu yang paling penting adalah penghasilan rebung madu yang enak.
Permintaan terhadap rebung madu dikalangan masyarakat Melayu juga amat menggalakkan kerana ia adalah makanan kesukaan ramai terutamanya dalam masakan tradisional Melayu. Rebung madu merupakan antara pilihan yang dicampurkan bersama kari dan kebiasaannya dihidangkan pada majlis-majlis kenduri.

**saya ditugaskan masak gulai rebung esok kui kui nantikan gambar ye:)**

 cikgu Yusainie memberi penerangan
 Hajar belajar memotong rebung


 hati - hati memotong Nizwan
Bahagian rebung yang keras



 Aiman asyik makan
Cikgu Yusaini sedang memotong rebung berhati-hati

No comments:

Post a Comment