Tuesday, 30 July 2013

DILEMA IBU BEKERJA

Penat!
Itu antara luah biasa bagi ibu - ibu yang bekerja.Penat di tempat kerja penat di rumah. Tidak dinafikan ibu - ibu di luar sana yang bekerja mengalami simptom kepenatan dan tekanan baik ketika di rumah mahupun di tempat kerja. Di pejabat sibuk menguruskan kerja di rumah sibuk dengan suami dan anak-anak ditamba lagi dengan kerja rumah yang tidak pernah sudah, membasuh melipat apatah lagi memasak. Seringkali kita dengar anak-anak kecil didera, kisah rumah tangga bergolak dan sebagainya. Kerna apa? Penat.
Justeru bagi menangani simdrom kepenatan para ibu di luar sana perlulah bijak mengurus masa dan perlu ada kerjasama dengan sang suami.Walaupun suami itu ketua keluarga namun tidak semestinya hanya goyang kaki. Apakata ringan-ringankan tangan dan kaki membantu isteri. Bantuan yang kecil pasti melegakan hati isteri. Ingat, isteri ibarat ibu dan ayah bagi seisi keluarga sayang anak manja-manjakan sayang isteri tolong-tolongkan.



p/s: . Istigfar ubat penat paling mujarab.

Monday, 29 July 2013

ROTI ARAB

Masak apa ya hari ini? Inilah soalan yang mesti kena jawab hari-hari. Selalunya ibu -ibu mak - mak akan buntu fikir nak masak apa untuk berbuka kan. Sebab itu kalau bulan Ramadhadi rumah mesti dah siap sedia buku resepi Rasa, Saji, dan macam - macam lagi. Semalam demi memenuhi permintaan big bos berjaya lah ckg siapkan Roti Arab. Dah lama tak buat Roti Arab ni. Sejak duduk di negeri sawah padi memng jarang sangat buat makanan yang special-special. Resepi ini asalnya tak ingat dari mana tapi ckg kongsikan disini untuk tatapan semua.

Bahan-bahannya:
250 gm tepung gandum
160 ml air
2 sdk yis
1sdb gula
1sdk garam
1sdk shortening
1sdb mentega
1sdb susu tepung

Cara-cara:

1-Gula, garam dan yis dilarutkan dengan sedikit air sehingga berbuih dan sebati.
2-Ayak tepung bersama susu tepung bersama.
3-Uli bahan ayak bersama larutan yis dan air hingga sebati dan tidak melekit di tangan.
4-Biarkan dan ditiutup dengan kain lembap dan dibiarkan selama sejam sehingga naik 2 kali ganda.
5-Bahagi dan bulatkan adunan kecil-kecil.
6-Gelekkan adunan menjadi leper, jangan terlalu leper .
7-Goreng dengan minyak panas.






p/s: Tips menjadikan roti arab kembung: Uli adunan sedikit lebar. Ketika menggoreng kaut kautkan minyak di atas adunan.

Wednesday, 24 July 2013

BAZAR RAMADHAN vs MASAK DI RUMAH

Salam Ramadhan yang ke 15,
Di pertengahan Ramadhan ini pasti ada yang buntukan nak makan apa waktu berbuka nanti. Ada yang lebih suka masak di rumah merasa air tangan sendiri buat hidangan keluarga.Malahan ada juga yang lebih gemar beli sahaja di bazar Ramadhan yang tumbuh bak cendawan di kala hujan.Kedua-duanya ada pro dan cons. Tapi bagi ckgu lebih suka masak di rumah walaupun hidangan itu yang ringkas-ringkas sahaja. Kerna apa ckg rasa puas kalau dapat makan hasil masakan sendiri kerana sudah semestinya bersih dan tidak diragui. Tidak dinafikan jika kita ke bazar Ramadhan pastinya ramai yang tak tahan dengan pelbagai jenis makanan dari yang kecil hingga yang besar dengan kuih muih yang pelbagai warna air yang beraneka. Betul kadang-kadang bila sampai satu tahap ckg pun jemu juga nak masak .Lebih senang beli sahaja, dan kalau dah beli tu pastinya bukan satu atau dua bahkan 3 ke 4 dan kadang 6, 7 plastik. Akhirannya pasti ada yang terperuk je di atas meja tidak berusik. Makanan berlebihan. Walau apa pun pro dan consnya bulan Ramadhan juga bulan yang dilimpihai rezeki dimana -mana ada sahaja makanan. Bersyukur.

sedap dan menarik
mana nak pilih ni

p/s: Elakkan pembaziran


Tuesday, 23 July 2013

ROTI CINTA


Salam Ramadhan,
Semalam ckg dan anis luangkan masa berfoodcraft sebelum waktu berbuk. Petang - petang selalunya anak-anak kebosanan duduk di rumah. Ibu bapa pula keletihan nak menemani anak-anak bermain di luar nak nak bulan puasa ini. Jadinya ckg pun perlu la jadi lebih kreatif untuk buat aktiviti indoor di rumah. Aktiviti ini ckg cari di gugel food craft oleh pinterest. Senang jer penyediaannya. Roti, acuan hati, nutella atau apa-apa perisa coklat. Secara tidak langsung ini boleh merangsang anak-anak untuk makan roti. Tapi yang tak besnye anak-anak tak nak makan lebihan roti yang tinggal sebab katanya takde bentuk.Ok selamat mencuba.

Roti gardenia

Perisa coklat

sapukan coklat di atas roti

gelek-gelekkan sikit roti supaya jadi nipis dan ditekap dengan acuan cinta

yang lebih-lebih ni mamanye yang kene makan

Hidang begitu sahaja atau cucuk pada lidi.Anak-anak pasti menggemarinya

CINTA WATERMELON

Hari ini dah hari ke 13 kita berpuasa ya. Rasa macam baru jer berpuasa. Alhamdulillah masih dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Pada awalnya ckg rajin masak berbagai-bagai juadah , bila dah masuk pertengahan ini ada la sedikit rasa M tu. Buat ala kadar sudah memadai. Apa yang ckg nk kongsikan sekarang ialah aktiviti food craft yang ckg buat bersama anis. Kalau semalam kami hasilkan roti cinta hari ini kami hasilkan cinta watermelon. Senang je penyediaannya . Watermelon dan acuan cinta berbentuk hati. Yang penting libatkan anak-anak untuk membuat sendiri aktiviti ini supaya mereka merasa soronok dan secara tidak langsung dapat merangsang mereka untuk lebih suka makan buah.Inilah hasilnya

langkah 1: potong watermelon berbentuk tiga segi


langkah 2: tekapkan dengan acuan cinta
sedia dimakan kanak-kanak pasti sukakannya



p/s : selamat mencuba:)

Sunday, 21 July 2013

AYAM RENDANG HIJAU DI RASAMAS

Semalam ckg dan famili berbuka di Rasamas TESCO sungai Petani. Dah hari -hari memasak, kali ini nak cuba makanan di luar. Sedap dan cepat. Kedai Rasamas ni tidaklah berapa besar sangat. Kami pergi pun dah 15 minit lagi nak waktu berbuka. Alhamdulillah ada 2, 3 tempat kosong. Kami ambil port di tepi senang nak adjust anak-anak makan. Kami order menu baru ayam rendang hijau, nasi, sup, aiskrim dan milo ais.Rasanya sangat memuaskan dan mengenyangkan, ada la lebih-lebih tu terpaksa ditapau.Jom kita layan gambar di RASAMAS

dalam gambar nampak sedap kan


kuah rendang hijau

sedap



sempat lagi bermain

BERMAIN DOH DONUT

Semalam ckg menghabiskan waktu petang dengan membuat kuih donut bersama anis dan nisa. Sebenarnya buntu tak tahu nak buat aktiviti apa dengan si kecil di bulan - bulan puasa ini. Jadinya selepas puas menyelongkar singgahlah ke blog mat gebu. Donut . Humm menarik, bahan- bahan pun semuanya dah ada. Cuma nak menguli saja.Sebenarnya ckg rasa agak malas nak menguli . Masa tu terfikir kalaula ada breadmaker kan best:). Angan-angan jer lebih. Tapi demi anak-anak tersayang hampir 2 jam juga proses mendonut siap. Sampai terlajak waktu berbuka puasa. Seronok lihat anak-anak menguli donut. Pelbagai soalan yang anis tanya. Anis memang suka bertanya sampaikan tak terjawabla. Mula-mula itu agak sedikit stressla sebab anis nak conquer semua doh untuk dia.  Tapi setelah dipujuk dengan pelbagai betuk doh akhirnya berjaya juga siap donut gebus ni. Donut ini sangatla gebu dan rangup.Mohon share resepi di sini ye cik Mat.

Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
3 camca besar susu tepung
3 camca besar gula halus
3 camca besar lemak sayuran
1/2 sudu teh garam
200 ml air suam
2 camca teh instant yeast(satukan dengan air berbuih)
sedikit air extra

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan tepung gandum, susu tepung, gula halus, lemak sayur dan garam. Kacau rata. Tuang bancuhan yeast + air suam dan gaul rata hingga menjadi doh, jika tak cukup air, tambah dengan sedikitlagi air. Uli hingga licin dan tidak melekat di mangkuk adunan.
  2. Canai doh tadi dan terap dengan acuan donut, alih ke dalam dulang yang telah ditabur sedikit tepung, buat hingga siap. Biarkan 30 minit hingga naik (mat biarkan 45 minit).
  3. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat, toskan dan letak atas paper towel. Gaul dengan gula.
inilah hasilnya

donut pelbagai rupa

boleh chef cilik

mula dah main


Monday, 15 July 2013

MEE JAWA

Semalam hari kelima kita berpuasa. Ada gathering family di kuala sin. Jadi ckg pikir-pikir nak masak apa ya. Dapat idea masakla Mee Jawa untuk makan ramai-ramai. Mee Jawa ini macam mee rebus juga la. Ramadhan pertama tu ckg dah masak mee rebus jadi kali ini tidak susahlah nak buat sebab kaedah pembuatannya lebih kurang sama saja. Tapi ada juga la tambahan untuk menu ini. Resepi asal hanya untuk 4 orang makan.Tapi biasalah kan kalau dah namanya masak mesti ada sedikit menderhaka maaf ya tuan punya resepi. Resepi ini ckg dapat dari android koleksi repei jadi ckg tak tahu tuan punye resepi ini.Walau apapun resepi mee jawa sangat sedap dan berbaloi untuk mencuba. Lets see the recipe:

Bahan-bahan:P

3 paket mee kuning *
50 sen taugeh*
3 keping tauhu - goreng
4 batang lada besar - potong serong
9 biji telur - rebus
6 biji limau kasturi - belah dua

*celur
bahan hiasan ini anda boleh tukar dan tambah mengikut kesukaan masing.Contohnya mee juga boleh guna spageti, sayur sawi dll.

Bahan kuah:P

20 ekor udang sederhana - rebus ambil air, kulit udang blender ambil air, ketepikan udang
300 gm daging - rebus lembut - ambil air rebusan sedikit untuk kuah
3 sudu besar cili boh*
4 biji bawang besar *
6 bawang putih*
3 asam keping
2 serai- titik
2 sudu rempah kari*
1 inci halia- titik
1 genggam udang kering  - tumbuk
1/2 kilo keledek - rebus & blend
4 liter air

Cara membuatnya:P

1- Tumis bahan kisar beberapa minit sehingga naik bau. Masukkan serai dan halia.
2- Masukkan daging yang telah direbus lembut. Kacau, masukkan air rebusan daging dan air rebusan udang yang ditapis.
3-Kacau hingga kuah menggelegak.Masukkan keledek yang dikisar kacau hingga kuah agak pekat.
4- Masukkan udang , asam keping , perasakan dengan garam dan gula.
5- Sediakan dihidangkan dengan bahan-bahan hiasan tadi.

Memandangkan bulan puasa ckg dah setkan 9 sudu kecil garam , 1 sudu gula dan secubit serbuk perasa.


sedap dimakan 

Saturday, 13 July 2013

SERAWA PISANG NANGKA

Hari ini berbuka puasa ckg sediakan hidangan serawa pisang sebagai pencuci mulut. Kebetulan semalam tok ckg bagi seplastik pisang nangka yang telah masak baki yang diambil dari kerepek pisang.Tok ckg ni berniaga kerepek pisang nangka.Nanti kita cerita yang itu. Serawa pisang nangka amat mudah disediakan dan enak dimakan sebagai salah satu menu manisan.Bahkan cara penyediaannya mudah lagi cepat.Serawa pisang ini boleh juga guna pisang lain seperti pisang tanduk, pisang awak dan pisang abu.Menurut pakcik gugel serawa juga dikenali sebagai pengat.Jika di kedah pengat ini dikenali sebagai serawa. Pengat pisang merujuk kepada jenis masakan berkuah manis yang menggunakan pisang sebagai bahan utama yang dimasak. Ianya popular di bahagian Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Tetapi sekarang ini kat mana-mana pun serawa pisang ini agak popular. Serawa pisang dimasak bersama santan dan gula bagi menghasilkan hidangan berkuah pekat yang lemak manis. Daun pandan diletakkan bagi mewangikan hidangan. Lets see the recipe ok:

Serawa Pisang

1 Sikat pisang nangka (potong serong)
3 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
1 sudu sagu yang direndam
1/2 cawan gula merah  (dimasak dengan santan cair sekejap dan ditapis)
1 sudu gula
secubit garam
2 helai daun pandan (disimpul)

Cara-cara;
1- Masakkan santan pekat, masukkan garam dan kacau jangan sampai berbuih membuak.
2-Masukkan sagu dan kacau hingga agak jernih sambil mengacau perlahan-lahan.
3-Masukkan pisang, kacau.
4-Masukkan gula merah yang dimasak dan ditapis tadi.
5-Masak seketika dan padamkan api.
6- Sedia dihidang.

hasilnya
ha 
pisang nangka


gula merah, sagu dan daun pandan, jangan lupa santan


p/s: Sedap dihidang bersama secawan teh buat hidangan minum petang.Selamat mencuba:)



Tuesday, 9 July 2013

BESDAY IN ADVANCE

Semalam doter ckg, Anis Humaira sambut besday nyer in advance di tadika. Sepatutnya 26/7 tapi waktu kita masih berpuasa jadinya tak dapatlah nak sambut besday anis. Kali ni ckgu nak bagi dia peluang merasa sambut besday sama kawan-kawan di tadika, terpaksa sambut awal dari tarikh. Hari sebelumnya  cikgu bawa anis pergi Tesco beli barang untuk diletakkan dalam goodie bag 4 katon air kotak milo dan 10 paket besar mamee, 90 keping beg palstik comel.Yang ini untuk 90 orang. Total perbelanjaan RM 150. Malamnya ckg dengan anis bungkus mamee dan milo dalam goodie beg. Di luar beg tu ckg lekatkan kertas yang ditulis "selamat hri jadi anis humaira". Simple je tapi bermakna. Ohya ckg juga beli 2 biji kek yang bergambar mickey mouse dan angry bird. Mulanya nak beli yang besar tapi tak muat peti sejuk. 2 biji kek harganya RM 60. Total belanja RM210 untuk 90 orang.



sibuknya dia
seronok dapat potong kek
ramainya kawan-kawan anis



Sunday, 7 July 2013

PROJEK RAMA-RAMA

Pada hari Rabu yang lepas kami ckg bagi murid - murid buat projek rama-rama untuk hiasan dinding. Kebetulan hari itu kami kekurangan guru dan hari hujan murid-murid tidak boleh main PJ, jadinya cikgu ambil peluang untuk buat projek rama-rama fasa 1. Mula - mula ckg print template rama-rama yang banyak di pakcik gugel. Print banyak-banyak kemudia beri pada murid-murid dan suruh mereka warna.Kelas A ramai juga yang berakat mewarna dan hasil kerja mereka menarik. Aktiviti ini menyeronokkan kerana di akhir ckg janji pada mereka rama-rama paling cantik akan cikgu bagi hadiah. Apa lagi murid-murid suka dan bersemangatlah kalau ada hadiah. Tambahan lagi rama-rama yang cantik ckg akan tampal di dinding untuk hiasan. Lagilah mereka suka kan.
 bersungguh-sungguh kelas A mewarna
 Naim ini rajin dan kreatif juga
 Aiman berbaju biru, yang ini slow cikit bila suruh buat kerja, kene selalu peringatkan
tekun mewarna
kelas B pun boleh tahan juga hasil kerja mereka, menarik

 inilah hasil kerja mereka

Inilah hasilnya setelah dilekat di dinding, cantikkan. Kredit pada bbm tice su untuk idea ini:)Selamat mencuba



KALAM JAMI SK TAMAN RIA

Hari sabtu semalam penuh jadual saya dari pagi sampai ke petang Walaupun semalam sepatutnya hari cuti ckg ainaa tetapi demi tanggungjawab ckg kenela bekorbankan. Aktiviti pepagi lagi bangun bersiap ke SK TAMAN RIA sg petani Kedah. Ada pertandingan KALAM JAMI. Sebenarnya ini pertama kali ckg dengar kalam jami. Yalah sebelum ini mengajar sekolah orang putih takdoklah perkataan arabiah ini. Kalam jami ini macam choral speaking bahasa inggeris cuma bezanyan yang ini dialih bahasa Arab. Gaya pertuturan dan dialog semuanya sama seperti choral speaking.Setiap sekolah perlu menghantar 20 orang murid untuk satu pasukan. Sekolah Kg.Pasir tidak hantar wakil kerana menurut ustzh Siza mereka baru tahu last minute, tak sempat nak buat persiapan. Tapi apa pun depan insyaAllah akan masuk.
 Inilah rupa Sekolah Taman Ria
 sekolah ini tiada dewan tapi ada atap berbumbung. Kenapa SKKP takde ya:(
 barisan peserta sedang menunggu giliran
 sekolah mana ini ya, tak ingat
 peraturan pertandingan perlu pakai baju sekolah, hurmm xmenarik la 
 kalam jami perlu guna gaya dari pinggang ke kepala sahaja,kaki tidak dibenarkan
 Ustaz Jamal Nasir menyampaikan hadiah
 kat depan tu SK Taman Ria (tuan rumah), yang belakang SKBandar Baru Sg Lalang
 barisan VIPS 

Seronok tengok pertandingan kalam Jami, insyaAllah untuk tahun depan ckg akan tolong SKKP sertai kalam jami. Nantikan ya:))