Sunday, 23 June 2013

TERAPI BERKUDA

Pada 25 Februari 2013 murid pendidikan khas integrasi SK.Kampung Pasir  menjalani terapi berkuda yang diadakan di pusat equestrian Kelab Cinta Sayang Resort, Sungai Petani Kedah. Seramai 27 orang menyertai terapi ini beserta 9 orang guru. Terapi berkuda membantu meningkatkan keyakinan diri, meningkatkan keseimbangan badan, membantu kanak-kanak untuk lebih fokus, mengurangkan kekejangan otot dan sebagainya.Antara penyakit yang sesuai menggunakan rawatan terapi berkuda ini adalah seperti strok, serebral palsy, sindrom Down, ADHD, masalah pembelajaran, lembam dan sebagainya. Murid akan dibawa menaiki kuda seorang demi seorang mengelilingi padang kecil. Guru-guru juga berpeluang menaiki kuda. Aktiviti ini hanya diadakan sekali setahun kerana padangnya tidak menarik. Walaubagaimanapun aktivi ini sesuai untuk murid pendidikan khas masalah pembelajaran.





belajar cuci kuda



cikgu bergaya sungguh

ckg pun nak naik juga
 


 bersantai di tepi
 tunggu turn

No comments:

Post a Comment