Semalam saya balik ke kampung Kuala Sin, Bukit Selambau, Sungai Petani KedH melawat tok di kampung. Kebetulan masa sampai tok tengah dok buat ketupat palas nak jamu anak cucu katanya. Sempatla belajar cara-cara nak mengayam ketupat palas. Percubaan pertama kedua ketiga keempat kelima gagal. Percubaan kali ke 10 barula jadi. Mai kita check out info ketupat palas dari pakcik wiki.
Ketupat palas atau ketupat pulut ialah ketupat yang menggunakan daun pokok palas sebagai pembungkusnya. Berbeza dengan ketupat daun atau ketupat nasi ialah dari segi bentuk, saiz, penggunaan daun untuk membalut dan beras. Ketupat daun atau ketupat nasi, dianyam berbentuk empat segi ataupun berbentuk bawang yang menggunakan daun kelapa. Bentuk ketupat palas pula berbentuk tiga segi. Penggunaan beras sebagai isi atau inti ketupat juga berbeza. Beras yang digunakan untuk ketupat palas ini ialah beras pulut, manakala isi ketupat daun menggunakan beras nasi, iaitu beras yang digunakan sebagai makanan harian.
Di kalangan penduduk utara Semenanjung Malaysia, sekiranya ikatan dan balutan ketupat palas yang kemas dan tidak kemas dapat membezakannya iaitu ada jantan dan betina.Ketupat palas jantan mempunyai isi atau pulut lebih dibahagian akhir balutan, serta ikatan dan balutannya yang kemas. Manakala, ketupat palas betina, saiznya kecil dan tidak mempunyai isi atau pulut lebih dibahagian ikatan atau balutan, serta tidak mempunyai ikatan dan balutan yang kemas. Namun, ini hanyalah sebagai satu gurauan atau sendaan sahaja, agar balutan yang dibuat supaya kemas, rapi dan mengikut tradisi. Cara pemasakan ketupat palas atau ketupat pulut, boleh dilakukan secara kukus ataupun rebus
No comments:
Post a Comment