Sunday, 23 June 2013
TERAPI AIR SAMBIL MAKAN DURIAN
Pada 13 Jun 2013 murid PPKI SK Kampong Pasir telah beraktiviti air di Salak Denai Chalet di Yan Kedah. Kami pergi dengan menaiki kereta guru. Antara cikgu yang pergi cikgu Yana, cikgu Watie, cikgu Azimah, cikgu Nasaruddin, cikgu Yusaini, cikgu Haslina, saya dan pembantu murid kak Su. Aktivti air ini memang setiap bulan akan kami pergi. Kebetulan waktu musim buah- buahan. Dapat berbiji-biji jugakla sampai RM160 hinggit berhabis.Antara faedah diadakan terapi air ialah membantu dalam perkembangan koordinasai otot tangan dan kaki serta sistem pernafasan kanak-kanak. Bagi kanak-kanak Autisma perlu menggerakkan anggota badan mereka untuk membolehkan bergerakkan dalam air. Melalui aktiviti ini juga ia boleh membantu dalam meningkatkan sistem kognitif. Di mana dengan berenang, kanak-kanak perlu menggerakkan beberapa anggota badan atau sistem pernafasan dalam satu masa. Contohnya, kita perlu menggerakkan tangan dan kaki kita untuk membolehkan kita bergerak atau berjalan di atas air. Dengan latihan renang yang berterusan, kanak-kanak berupaya meselarikan keseimbangan gerakkan anggota badan dan sistem pernafasan untuk berada dalam keadan “stabil”. Aktiviti renang juga membantu dalam relaksasi diri. Air dikatakan merupakan salah satu bahan terapi yang baik untuk relaksasi atau ketenangan emosi/diri seseorang. Kaedah ini mungkin dapat membantu dalam mempertingkatkan kemahiran pengawalan emosi kanak-kanak. Untuk kanak-kanak yang tidak suka air, aktiviti renang boleh dilakukan secara perlahan-lahan. Aktiviti/latihan boleh dilakukan di atas “daratan” sebelum secara perlahan-lahan kanak-kanak itu dibawa ke dalam air. Melalui aktiviti berenang juga dikatakan mampu membina yakin diri kanak-kanak. Memberi peluang kanak-kanak khas ini melakukan seperti mana rakan mereka yang lain sebenarnya mampu meningkatkan keyakinan diri mereka. Selain itu, inilah peluang mereka untuk mengenal dunia luar dan mengembangkan kemahiran sosialisasi mereka samada sesama rakan, guru mahupun dengan orang sekitar kolam renang. Kalaupun kanak-kanak ini belum mampu berinteraksi dengan orang lain, sekurang-kurangnya mereka memahami arahan/instruksi visual yang disampaikan oleh instruktor. (sumber : ceritarasahati2.com)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment