Hari ini kami buat pesta buah-buahan tempatan PPKI KG. PASIR. Kebetulan sekarang ini musim buah-buahan durian, manggis dan cempedak di Kedah .Setiap murid perlu bawa satu jenis buah-buahan ala-ala potluck la. Ada yang bawa manggis, durian, pisang, langsat, mata kucing dan tembikai.Tambahan pulut tanak untuk dimakan bersama durian dan santan.Alhamdulillah berkat kerjasama semua dapatlah menjamu murid-murid ppki makan buah. Murah rezeki mereka. Secara tidak langsung program ini dapat mengeratkan hubungan silaturrrahim antara guru dan murid. Disamping makan cikgu - cikgu juga mengajar murid - murid mengenal jenis buah dan bentuk buah-buahan.Kami bawa murid makan di luar kelas kononnya dapat hirup udara segar sambil makan buah. Tapi biasala murid ni kan, makan kejap jer main yang lebih.
Wednesday, 26 June 2013
Tuesday, 25 June 2013
HURUF DOH
Hari ini saya buat aktiviti membentuk huruf dari doh plastesin. Aktiviti ini menyeronokkan dan tidak membosankan. Murid - murid yang aktif tu bolehla melatih mereka untuk duduk diam dan fokus pada hasil kerja mereka. Aktiviti sama la macam kita uli tepung di dapur. Untuk murid pendidikan khas aktiviti bagus untuk peningkatan motor kasar sperti genggaman dan regangan jari-jari. Akitiviti ini saya buat untuk kelas B. Menjadila jugak sebab budak-budak ini dah pandai buat. Tapi untuk aktiviti ini guna plastesin yang selamat ya:)
Monday, 24 June 2013
KETUPAT PALAS
Semalam saya balik ke kampung Kuala Sin, Bukit Selambau, Sungai Petani KedH melawat tok di kampung. Kebetulan masa sampai tok tengah dok buat ketupat palas nak jamu anak cucu katanya. Sempatla belajar cara-cara nak mengayam ketupat palas. Percubaan pertama kedua ketiga keempat kelima gagal. Percubaan kali ke 10 barula jadi. Mai kita check out info ketupat palas dari pakcik wiki.
Ketupat palas atau ketupat pulut ialah ketupat yang menggunakan daun pokok palas sebagai pembungkusnya. Berbeza dengan ketupat daun atau ketupat nasi ialah dari segi bentuk, saiz, penggunaan daun untuk membalut dan beras. Ketupat daun atau ketupat nasi, dianyam berbentuk empat segi ataupun berbentuk bawang yang menggunakan daun kelapa. Bentuk ketupat palas pula berbentuk tiga segi. Penggunaan beras sebagai isi atau inti ketupat juga berbeza. Beras yang digunakan untuk ketupat palas ini ialah beras pulut, manakala isi ketupat daun menggunakan beras nasi, iaitu beras yang digunakan sebagai makanan harian.
Di kalangan penduduk utara Semenanjung Malaysia, sekiranya ikatan dan balutan ketupat palas yang kemas dan tidak kemas dapat membezakannya iaitu ada jantan dan betina.Ketupat palas jantan mempunyai isi atau pulut lebih dibahagian akhir balutan, serta ikatan dan balutannya yang kemas. Manakala, ketupat palas betina, saiznya kecil dan tidak mempunyai isi atau pulut lebih dibahagian ikatan atau balutan, serta tidak mempunyai ikatan dan balutan yang kemas. Namun, ini hanyalah sebagai satu gurauan atau sendaan sahaja, agar balutan yang dibuat supaya kemas, rapi dan mengikut tradisi. Cara pemasakan ketupat palas atau ketupat pulut, boleh dilakukan secara kukus ataupun rebus
Sunday, 23 June 2013
TULIS HURUF DI ATAS ROTI
Hari ini saya buat aktiviti menulis huruf sa di atas roti. Tak berapa na cantik sangat sebab coklatnya keras. Mungkin lepas ni boleh guna jari atau sudu untuk meratakan coklat di atas roti. Aktiviti ini di buat untuk kelas D. Kelas D almaklumla tak berapa cekap sangat nak memegang mahupun memicit. Kredit kepada Ustazah Liana kerana beri idea ini. Jadi cikgu lah yang banyak bantu. Antara faedah aktiviti boleh membantu menguatkan kemahiran motor kasar seperti memegang dan memicit. Tambahan lagi aktiviti ini menyeronokkan murid kerana mereka boleh makan. Inilah hasil kerja mereka:
lepas tulis boleh makan
TERAPI AIR SAMBIL MAKAN DURIAN
Pada 13 Jun 2013 murid PPKI SK Kampong Pasir telah beraktiviti air di Salak Denai Chalet di Yan Kedah. Kami pergi dengan menaiki kereta guru. Antara cikgu yang pergi cikgu Yana, cikgu Watie, cikgu Azimah, cikgu Nasaruddin, cikgu Yusaini, cikgu Haslina, saya dan pembantu murid kak Su. Aktivti air ini memang setiap bulan akan kami pergi. Kebetulan waktu musim buah- buahan. Dapat berbiji-biji jugakla sampai RM160 hinggit berhabis.Antara faedah diadakan terapi air ialah membantu dalam perkembangan koordinasai otot tangan dan kaki serta sistem pernafasan kanak-kanak. Bagi kanak-kanak Autisma perlu menggerakkan anggota badan mereka untuk membolehkan bergerakkan dalam air. Melalui aktiviti ini juga ia boleh membantu dalam meningkatkan sistem kognitif. Di mana dengan berenang, kanak-kanak perlu menggerakkan beberapa anggota badan atau sistem pernafasan dalam satu masa. Contohnya, kita perlu menggerakkan tangan dan kaki kita untuk membolehkan kita bergerak atau berjalan di atas air. Dengan latihan renang yang berterusan, kanak-kanak berupaya meselarikan keseimbangan gerakkan anggota badan dan sistem pernafasan untuk berada dalam keadan “stabil”. Aktiviti renang juga membantu dalam relaksasi diri. Air dikatakan merupakan salah satu bahan terapi yang baik untuk relaksasi atau ketenangan emosi/diri seseorang. Kaedah ini mungkin dapat membantu dalam mempertingkatkan kemahiran pengawalan emosi kanak-kanak. Untuk kanak-kanak yang tidak suka air, aktiviti renang boleh dilakukan secara perlahan-lahan. Aktiviti/latihan boleh dilakukan di atas “daratan” sebelum secara perlahan-lahan kanak-kanak itu dibawa ke dalam air. Melalui aktiviti berenang juga dikatakan mampu membina yakin diri kanak-kanak. Memberi peluang kanak-kanak khas ini melakukan seperti mana rakan mereka yang lain sebenarnya mampu meningkatkan keyakinan diri mereka. Selain itu, inilah peluang mereka untuk mengenal dunia luar dan mengembangkan kemahiran sosialisasi mereka samada sesama rakan, guru mahupun dengan orang sekitar kolam renang. Kalaupun kanak-kanak ini belum mampu berinteraksi dengan orang lain, sekurang-kurangnya mereka memahami arahan/instruksi visual yang disampaikan oleh instruktor. (sumber : ceritarasahati2.com)
TERAPI BERKUDA
Pada 25 Februari 2013 murid pendidikan khas integrasi SK.Kampung Pasir menjalani terapi berkuda yang diadakan di pusat equestrian Kelab Cinta Sayang Resort, Sungai Petani Kedah. Seramai 27 orang menyertai terapi ini beserta 9 orang guru. Terapi berkuda membantu meningkatkan keyakinan diri, meningkatkan keseimbangan badan, membantu kanak-kanak untuk lebih fokus, mengurangkan kekejangan otot dan sebagainya.Antara penyakit yang sesuai menggunakan rawatan terapi berkuda ini adalah seperti strok, serebral palsy, sindrom Down, ADHD, masalah pembelajaran, lembam dan sebagainya. Murid akan dibawa menaiki kuda seorang demi seorang mengelilingi padang kecil. Guru-guru juga berpeluang menaiki kuda. Aktiviti ini hanya diadakan sekali setahun kerana padangnya tidak menarik. Walaubagaimanapun aktivi ini sesuai untuk murid pendidikan khas masalah pembelajaran.
belajar cuci kuda
cikgu bergaya sungguh
ckg pun nak naik juga
bersantai di tepi
tunggu turn
MTAQ PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT KUALA MUDA YAN
Pada 18 / 6/2013 bersamaan hari Selasa PPD Kuala Muda Yan telah mengadakan Majlis Tilawah Al-Quran (MTAQ) Pendidikan Khas peringkat daerah bertempat di Sekolah Kebangsaan Jeniang. Antara acara yang dipertandingkan ialah Tilawah Al-Quran, Hafazan, Azan Subuh, Khat , Bercerita dan Nasyid. Sebanyak 30 buah sekolah mengambil bahagian dalam acara ini iaitu SMK Merbok, SK Bandar Sungai Lalang 2, SMK Dulang, SKPK Sungai Petani, SK Jeniang, SK Khir Johari, SK Nyak Gam, SMK Sg.Layar (BP), SK Bukit Selambau, SMK Bukit Selambau, SK Kampung Pasir, SMK Pekula Jaya, SMK Sungai Layar (BD), SK Sungai Petani, SK Gurun (P), SK Bedong, SMK Batu 17, SK Teluk Wang, SMK Bakar Arang, SMK Tunku Ismail, SK Bakar Arang, SK Taman Intan, SK Sungai Layar, SK Padang Lumat, SMK Gurun, SK Jeniang.
PPKI Sekolah Kampong Pasir telah menghantar 4 orang wakil iaitu Mohd Badrul Naim, Mohd Arif Yassin, Mohd Nizwan dan Mohd Aiman Adnan. Antara guru-guru yang turut mengiringi ialah Cikgu Baziyana, cikgu Azimah, Cikgu Nasaruddin, saya sendiri dan seorang PPM Puan Kesuma. Akhirnya PPKI Kg.Pasir dapatlah juga merangkul hadiah tilawah nombor 2, azan nombor 2 dan bercerita nombor 2 dan 3.
PPKI Sekolah Kampong Pasir telah menghantar 4 orang wakil iaitu Mohd Badrul Naim, Mohd Arif Yassin, Mohd Nizwan dan Mohd Aiman Adnan. Antara guru-guru yang turut mengiringi ialah Cikgu Baziyana, cikgu Azimah, Cikgu Nasaruddin, saya sendiri dan seorang PPM Puan Kesuma. Akhirnya PPKI Kg.Pasir dapatlah juga merangkul hadiah tilawah nombor 2, azan nombor 2 dan bercerita nombor 2 dan 3.
Subscribe to:
Posts (Atom)