A.........IR
beningmu bagikan prmata yang berharga
yang selalu dicari manusia untuk kepentingan segalanya
sejukmu bagaikan udara pagi yang belum terkena polusi
yang menyegarkan pikiran dan hati juga menyehatkan jasmani
Bermain air memang seronok kan. Kalau dolu-dolu anak-anak kecil suka bermain di sungai mandi manda. Tapi sekarang susah nak cari sungai yang bersih dan selesa. Kalau ada pun anak sungai. Teringat zaman-zaman ckg kecil dulu bila pulang ke kampung di kedah pastinya ibu dan ayah akan bawa kami adik beradik ke rumah tok pak menakan (saudara). Semestinya aktiviti wajib bila bertandang ke sana ialah mandi sungai.Dulu mandi sungai seronok sebab airnya banyak jernih. Tapi sekarang dek kerakusan manusia mengejar pembangunan hingga sungai terabai. Sebagai inisiatif wujudlah pusat rekreasi air seperti THE CARNIVAL, Taman Tema Sunway Lagoon dan lain-lain lagi.
Pada bulan lepas PPKI SK Kampong Pasir telah berpeluang mengunjungi THE CARNIVAL iaitu satu-satunya taman tema air yang terdapat di daerah Sungai Petani. Ini juga merupakan kunjungan pertama ckg ke sini. Excited tu pasti ada.:) THE CARNIVAL ini terletak berdekatan dengan Taman Ria dan pekan Amanjaya. Kalau nak senang cari THE CARNIVAL landmark nya ialah jalan belakang hospital. Dari situ dah nampak singboard besar besar di terpampang di persimpangan simpang empat sebelum sampai ke sana.
Kunjungan ini disertai oleh 11 orang guru dan peserta lebih kurang 20 lebih la. Disebabkan kami masuk secara kumpulan dapatla harga rm16 untuk setiap orang beserta dengan pakej sukaneka.
No comments:
Post a Comment