Monday, 5 May 2014

PROJEK MEMBUAT SARDIN ROLL

makan cepat
makan banyak
makan sikit
makan berkhasiaat

Makan. Hidup perlu makan. Kalau nak makan perlu masak. Kalau tak masak  boleh beli. Kalau takda duit macam mana nak beli? Kalau tak pandai masak macam mana nak makan?
 Makan. Pentingnya makan.Makan untuk sihat. Makan untuk hidup.Tak makan sakit perut. Tak makan tak sihat.

Umumnya makan sangat sinonim dengan orang kita. Malaysia well known as heaven of food. Alhamdulillah setakat ini ramai antara kita yang tidak pernah lagi tak cukup makan. Terlebih makan adalah kan. Di ppki ini alhamdulillah rezeki anak-anak istimewa dan guru-guru ini sentiasa melimpah ruah. Rezeki yang ada dikongsi bersama-sama. Setiap minggu ada je rezeki makanan.

Pada minggu ini guru Kemahiran Hidup telah mengajar topik  yang berkaitan dengan makanan iaitu membuat sandwich. Sandwich sejenis makanan yang sangat sinonim dengan sarapan. Sandwich biasanya dimakan ketika waktu pagi. Cara pembuatannya sangatlah mudah semudah ABC. Waima anak kecil pun tahu nak buat sandwich. Di ppki aktiviti membuat sandwich disertai oleh semua murid dan guru. Guru -guru banyak membantu melancarkan perjalanan aktiviti ini. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan setiap kumpulan diberi bahan-bahan membuat sandwich. Objektif aktiviti ini diadakan adalah untuk melatih anak-anak istimewa ini berdikari. Tidak hanya bergantung kepada  orang lain kerana yang nak makan pun diri sendiri kan.

gelek jangan tak gelek
guru turut membantu 
letak inti sardin

apu
bersedia untuk goreng

hati-hati menggoreng


Alhamdulillah semua murid dapat merasa air tangan mereka.
Sekian:))


No comments:

Post a Comment