Bercuti memang seronok
bercuti hilangkan stress
bercuti rehatkan minda
bercuti terokai pengalaman baru..
Ini cerita 26 hingga 28 Mac 2014. Kami pergi bercuti ke Koh Lipe.Satu pulau terpencil yang jarang-jarang orang Malaysia nak gi. Tempat ini di antara sempadan Kedah dan Thailand. Kalau ada pun mat saleh minah saleh blond tu ramai la. Pagi sebelum subuh lagi kami dah bertolak dari Taman Kelad (umah maklang ckg). Malam sebelum tu dah tido cini . Bukan apa takut terlepas ferri . Seawal jam 4.30 pagi kami bertolak ke jeti Kuala Kedah untuk naik ferri ke Langkawi. Feri ke Langkawi bertolak pukul 7.00 pagi. Rupanya dekat jer dari Sungai Petani nak gi Kole Kedah. Dalam sejam gitu dah sampai. Kami sampai pukul 5.45 pagi di jeti Kole Kedah. Sempat la solat Subuh di Masjid India. Sampai -sampai je siap sedia la adaela motor dok ikut dri tepi . PARKING. Ramai la yang berebut nak suh masuk parking depa. Kami parking kat sekolah berhadapan jeti. RM 10 satu hari. Kami bayar RM 20 untuk 2 hari.
Pukul 7 ferri dari Kuala Kedah bergerak menuju ke Langkawi. Pada mulanya agak kelam kabut sikit nak masuk ferri. Sebab tiket kami beli ni tak de nombor seat Jadinya clash pulok dengan orang yang beli tiket di kaunter. Syukur ada tempat kosong di depan sekali.Duduk jerlah asalkan sampai. Tips kalu nak beli Tips kalau nak beli tiket jeti banyak jer kaunter . Harga semasa tiket RM 23 Dewasa dan RM17 kanak-kanak bawah 12 tahun. Jeti ke langkawi bermula dari pukul 7 dah ada. Banyak feri yang tawarkan perjalanan ke Langkawi.. Tapi tak semua yang menawarkan perkhidmatan yang baik. Feri yang kami naik ni sempit sangat. Nak bangun berjalan tempat lain pun susah. Jadi pandai-pandaila pilih ye.
T
Dalam pukul 9.00 pagi kami sampai ke Langkawi. Dari Langkawi kami amik tiket ke Koh Lipe di Kaunter 3. Banyak jugak kaunter yang menawarkan ferri ke Koh Lipe dan tempat-tempat lain macam Koh Samui, Koh Bulan dan macam -macam koh la. Pilih jer yang mana nak. Harga perjalanan ke Koh Lipe RM 242 untuk pergi balik. Jam 9.45 ferri bertolak. Tipsnya kalau nak gi ke tempat tempat baru elok amik tiket pergi balik je . Sebab untuk perjalanan pulang tiket yang ada jam 10 pagi dan 4 petang je. Kalau kat sana susah nak cari tiket. Elok beli tiket siap-siap di Malaysia. Beli tiket guna duit Malaysia. Sebelum nak naik ferri tu tukar la duit siap-siap . Jangan risau kat jeti langkawi ada money exchanger. Tukar lebih sikit sebab nilai duit Malaysia agak rendah berbanding Thailand. Kalau tukarRM 600 dapatla dalam Bath 599.95 gitu. Maka bermulala perjalanan dari Langkawi ke Koh Lipe melalui laut Andaman.
Ni ferri Express Lapan |
First time Anis nak naik Ferri |
sempat la posing dalam ferri |
Masuk je dalam feri ramai betul mat minah saleh yang nak gi Koh Lipe ni. Terkejut la jugak ckg bila masuk tu. Tadi dalam ferri langkawi muka Asia ni muka putih melepak rambut color blond . Dalam ferri tu ckg sorang ja yang lain dari yang lain cikit. Duduk sebelah kami adalah sorang orang Malaysia Melayu kite. Lone ranger je gi Koh Lipe. Selepas 1 jam setengah sampai di jeti .Mula rasa pelik cikit kenapa jeti bergoyang. Rupanya di Koh Lipe takda jeti. Yang ada jeti terapung. Jarak dari pantai 300 meter la dari jetti.
atas jeti terapung |
bersambung..............
No comments:
Post a Comment