Wednesday, 11 December 2013

PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR & MANIPULATIF ALATAN

Salam pelawat-pelawat blog,

Harini ckg nak kongsikan sedikit ilmu yang ckg dapat dari kelas bersama Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bersama Puan Jamaliyah. dari Jabatan Sains Sukan. Kelas ini sangat sempoi dan seronok. Tidak perlu mengadap buku dan berfikir secara kritis tetapi berfikir secara kritis. Ini sangat sesuai diamalkan ketika waktu PJK di sekolah andaikata ckg2 kat luar sana dilantik menjadi guru PJK secara mengejut tetapi tidak ada basis atau degree dalam Sains Sukan. Pada mulanya ckg ingatkan aktiviti yang diajar ini tidak boleh diamalkan di sekolah , tetapi sebenarnya boleh. Ok jum kita check it out serba sedikit informasi berguna mengenai aktiviti hari ini.

Lokomotor - aktiviti yang melibatkan perubahan dari satu titik ke titik yang lain.
Bukan Lokomotor - aktiviti yang tidak meibatkan perubahan


Aktiviti 1 - Bukan Lokomotor

Warming up secara statik tetapi membuat berbagai pergerakan tambahan seperti 
-jingkit bahu, bentuk huruf guna badan, bentuk nombor guna bahan, hayun tangan ke kiri dan kanan dalam statik, berdiri atas kaki, berdiri atas dua ttapak, berdiri atas 6 tapak, berdiri atas 4 tapak, formasi cheer menggunakan tangan dan badan, gerakan berpasangan menarik tangan pasangan masing-masing, tarik 1 tangan, 2 tangan, gusti tangan, gerakan tema pekerjaan spt pengecat, penaip writer, guru tukang masak dan lain-lain.


Aktiviti 2 - Lokomotor

Aktiviti bertema jenis jalan, jenis kenderaan, jenis binatang merangkak, jenis binatang 4 besar, jenis lompat 2 kaki, jenis lompat 1 kaki,jenis binatang dalam air, kayuh sampan, keretapi, tema binatang buaya A dan buaya B, 

Manipulatif Alatan

Menggunakan  apa2 alatan sukan sebagai alat untuk membuat pergerakan. Contoh, guna bola variasikan perlbagai pergerakan individu, berpasangan dan kumpulan. 

***Gambar tak sempat nak snap sebab puan Jamaliyah tu straght nk tengok hp pun takut2.

Moral of the story :
Sebagai pendidik kita mesti kreatif jangan terlalu terikat dengan aktiviti yang sama dalam PJK. Murid akan cepat bosan jadi kita mesti terapkan elemen imaginasi supaya murid boleh masuk ke dalam aktiviti dan seronok melakukannya. Semua aktiviti itu mengajak murid berfikir dan berimaginasi. Guru hanya perlu lead saja.