Setelah sebulan setengah berehat akhirnya dapat juga berbowling hari ini. Hari ini ppki pergi terapi bowling di pusat bowling di central square sungai petani kedah. Kebetulan sewaktu kami main ada seorang pakcik PPD tengah tengok-tengok kami main bowling. Sempat juga dia mengajar sikit skill bowling yang sebenar. Ckg kongsikan sikit skill yang ckg tahu yer.
1- Mula pilih bola antara 9 ke 10 beratnya.
2- Pegang bola dalam keadaan tangan berbentuk lurus ke hadapan, kemudian tarik jadi bentuk L.
3- Keluarkan sedikit kaki kiri ke hadapan
4-Tarik tangan ke belakang dan hayun.
5- Berdiri permulaan mesti selangkah jarak dari target point kita.
6- Bila nak hayun bola hampir ke bawah pusingkan tangan tapak tangan mengadap ke atas dan bila hampir nak lepaskan bola tapak tangan dikalih mengadap ke bawah.
7- Bola akan jatuh berpusing-pusing.
8-Kaedah bola jatuh berpusing lebih baik kerana posibility pin untuk strike tinggi. Tetapi pastikan balingan mesti dituju tepat mengikut tanda arah hitam yang paling dekat.
9- Fokus. Penting dari permulaan memegang bola. Jangan gopoh dan gabra.
Kalau bola berat untuk balingan pertama, balingan kedua cuba gunakan bola ringan.