Sunday, 18 August 2013

MENGGAPAI IMPIAN TARGET UPSR 5A

Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan program Menggapai Impian Target UPSR 5A. Program ini bertujuan menjadi motivasi dalam kehidupan individu terutamanya anak-anak SKKP yang bakal menduduki Peperiksaan UPSR. Matlamat program ini adalah untuk menjana kecemerlangan diri untuk melahirkan insan kelas pertama yang boleh menjadi kebanggaan keluarga, sekolah, masyarakat dan negara. Antaraobjektif program ini adalah untuk membentuk motivasi intrinsik dalam diri individu dengan kesedaran tanggungjawab sebagai murid, memberikan pendedahan motivasi ekstrinsik luaran sebagai penghormatan kepada murid yang mencapai kejayaan cemerlang dan menjelaskan motivasi intrinsik dan ekstrinsik perlu ada dalam diri individu sebagai seorang murid. Dalam program terdapat 5 kategori anugerah yang diberikan kepada murid-murid yang cemerlang dalam peperiksaan percubaan UPSR.Antara anugerahnya ialah anugerah Intan, anugerah Zamrud, Anugerah Delima, anugrah Mutiara dan anugerah Berlian.


penerima anugerah


hadiah bagi yang cemerlang

cikgu Satir dan penerima anugerah


p/s: Semoga murid Tahun 6 SKKP cemerlang UPSR 2013

Tuesday, 13 August 2013

FLORENTINE

Biskut florentine ini biskut terbaru untuk tahun 2013 . Sekali tengok macam biasa jer tapi bila dikunyah aduhai sedapnya tak tahu nak kata. Senang kata anda kena cuba rasai sendiri. Resipi ini ckg dapat dari blog kak ita.Thanks kak ita yer. Dan dalam majalah RASA keluaran RAYA juga ada. Cara pembutanny lebih mudah jika menggunakan non stick acuan muffin. Sebab mudah nak ditanggalkan.Bahan-bahan boleh didapati dari kedai bakeri especially the flour.Tepungnya memang mahal cikit.Kalau di kedah 1/2 kilo RM14.Bahan-bahan kekacang itu boleh guna biji matahari, biji kuaci dan berbagai lagi.Yang itu anda boleh variasikanlah yer. Jum kita check it out cara membuatya:

Bahan-bahan:
1 peket tepung florentine ( 200 gm)
100 gm biji kuaci
100 gm biji labu
100 gm badam hiris

Cara-cara:
Bakar sekejap semua kekacang selama 2 atau 3 minit.
Gaulkan tepung dan semua kekacang dalam satu bekas.
Masukkan dalam acuan, bakar 8 ke 10 minit atau hingga tepung mencair.

p/s : Lagi meriah kekacang lagi sedap.








RAYA OH RAYA LAGI

Tanpa kita sedari sudah 6 hari umat Islam menyambut syawal. Sekejap jer masa berlalu kan. Dulu kita sibuk menyambut ramadhan dan membuat persiapan raya. Sekarang sibuk pergi jalan-jalan raya. Walaupun dah enam hari berlalu namun kemeriahan raya tetap dirasai dengan rumah terbukanya dan makan makan dan makan jer. Pendek kata selagi tak habis 30 hari syawal selagi itu kita beraya. Cakap pasal makan ini, sukacita ckg nak mengingatkan makan biarlah berpada-pada. Jangan berlebih-lebihan. Pada hari raya pertama dan kedua comfirm kita tak larat nak makan dah. Pergi sana makan pergi sini makan. Waktu itu perut kita asyik menerima je. Apa yang ada depan mata makan dan makan.Tapi berpada-pada. Alkisah raya pertama dan kedua merupakan tragedi bagi ckg dan ahli keluarga yang lain. Disebabkan asyik terlalu makan kami semua mengalami cirit birit yang berpanjangan. Puncanya . Tidak pasti . Banyak sangat makanan yang ada sampaikan tak tahu makanan mana yng jadi punca. Apapun pesan ckg makan itu makan juga tapi berhati-hatila maka.


Monday, 5 August 2013

TAKZIAH

Baru-baru ini negara dikejutkan dengan kejadian kebakaran rumah pengasas kosmetik Vida Beauty dan 2 orang anaknya yang terkorban bersama seorang pekerja. Sedih dengar berita macam ni d saat umat islam sedang menghitung hari menyambut Syawal. Ada yang berpendapat ini perbuatan khianat kepad dato' sendiri. Mengikut maklumat saksi ini disebabkan bahana bunga api. Susah nak dipastikan kerana kes masih dalam siasatan. Apapun ckg ucap takziah kepada keluarga Dato Hasmiza.

Sunday, 4 August 2013

COCOCRUCH COOKIES

Hari kedua cuti sekolah.Terasa sungguh bahagia. Hari ini buat biskut cococrunch. Terima kasih kepada kak wan kerana berkongsi resipi biskut yang sedap sangat ni.Anak-anak pun suka sangat .Makan tak berhenti.Rasa koko yang enak dan haruman coklat wangi. Satu adunan ini boleh dapat 2 balang kira 100 juga la. Mohon share di sini ya.






Thursday, 1 August 2013

TART NYONYA

Bulan Ramadhan bulan penuh rahmat bulan yang mengui kesabaran seseorang muslim. Dalam keletihan adakah kesabaran, Hanya orang benar-benar beriman sahaja mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Ckg cukup kagum dengan puan-puan yang berniaga biskut raya di bulan puasa. Dalam keletihan berpuasa masih mampu lagi berniaga. Syabas pada kaum-kaum wanita yang berjaya. Bercerita pasal biskut raya hari ini ckg dah pun mencuba resepi tart rosalinda oleh blogger Azlita atau kak ita. Menjadi tapi perlu lebih kemas lagi pada masa akan datang. Seronok berbiskut rupanya apatah lagi mengetart. Bila nak mulakan memang rasa berat hati tapi bila dah separuh jalan tak mahu berhenti. Part yang paling best ialah bermain dengan icing.Tapi ckg kene perkemaskan lagi hasil icing. Anyway inilah hasilnya.




p/s: hiasan masih perlu diperbaiki