Wednesday, 11 December 2013

PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR & MANIPULATIF ALATAN

Salam pelawat-pelawat blog,

Harini ckg nak kongsikan sedikit ilmu yang ckg dapat dari kelas bersama Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bersama Puan Jamaliyah. dari Jabatan Sains Sukan. Kelas ini sangat sempoi dan seronok. Tidak perlu mengadap buku dan berfikir secara kritis tetapi berfikir secara kritis. Ini sangat sesuai diamalkan ketika waktu PJK di sekolah andaikata ckg2 kat luar sana dilantik menjadi guru PJK secara mengejut tetapi tidak ada basis atau degree dalam Sains Sukan. Pada mulanya ckg ingatkan aktiviti yang diajar ini tidak boleh diamalkan di sekolah , tetapi sebenarnya boleh. Ok jum kita check it out serba sedikit informasi berguna mengenai aktiviti hari ini.

Lokomotor - aktiviti yang melibatkan perubahan dari satu titik ke titik yang lain.
Bukan Lokomotor - aktiviti yang tidak meibatkan perubahan


Aktiviti 1 - Bukan Lokomotor

Warming up secara statik tetapi membuat berbagai pergerakan tambahan seperti 
-jingkit bahu, bentuk huruf guna badan, bentuk nombor guna bahan, hayun tangan ke kiri dan kanan dalam statik, berdiri atas kaki, berdiri atas dua ttapak, berdiri atas 6 tapak, berdiri atas 4 tapak, formasi cheer menggunakan tangan dan badan, gerakan berpasangan menarik tangan pasangan masing-masing, tarik 1 tangan, 2 tangan, gusti tangan, gerakan tema pekerjaan spt pengecat, penaip writer, guru tukang masak dan lain-lain.


Aktiviti 2 - Lokomotor

Aktiviti bertema jenis jalan, jenis kenderaan, jenis binatang merangkak, jenis binatang 4 besar, jenis lompat 2 kaki, jenis lompat 1 kaki,jenis binatang dalam air, kayuh sampan, keretapi, tema binatang buaya A dan buaya B, 

Manipulatif Alatan

Menggunakan  apa2 alatan sukan sebagai alat untuk membuat pergerakan. Contoh, guna bola variasikan perlbagai pergerakan individu, berpasangan dan kumpulan. 

***Gambar tak sempat nak snap sebab puan Jamaliyah tu straght nk tengok hp pun takut2.

Moral of the story :
Sebagai pendidik kita mesti kreatif jangan terlalu terikat dengan aktiviti yang sama dalam PJK. Murid akan cepat bosan jadi kita mesti terapkan elemen imaginasi supaya murid boleh masuk ke dalam aktiviti dan seronok melakukannya. Semua aktiviti itu mengajak murid berfikir dan berimaginasi. Guru hanya perlu lead saja.

Tuesday, 1 October 2013

TERKINI KES KEMATIAN DI KENDURI TANJUNG DAWAI

Pagi ini datang ke sekolah dikejutkan dengan berita kematian beberapa orang di rumh kenduri di Tanjung Dawai. Kebetulan di kelas ramai jugak yang dok tanjung dawai. Menurut sumber dari mak pak murid yang dok di tanjung dawai, sebenarnya tuan rumah tak salah. Ceriter mereka ayam tu sebelum masak lagi dah berbau. Ceghiternya lauk tak cukup dalam kul 3 tu. Dorang masak lain la. Ayam tu dah berbau.Depa pun buh cuka nak bagi hilang bau ayam tu. Dan masakla. Tuan rumah tak tau apa. Yang masak tu orang kampung gotong royong.Gitulah kisahnya... Yang terbaru ada lagi kematian hari ini.Ramai yang masuk wad juga.

JAGUNG PPKI

Jagung bakar
Jagung rebus
Jagung campur
Macam-macam jagung ada.
Sedikit info tentang jagung :

JAGUNG MANIS "IMPROVED MASMADU"
Nama Botani      :  Zea mays
Famili                 :  Gramineae

Jagung manis adalah diantara tanaman jangka pendek yang popular di kalangan pekebun kecil.  Beberapa varieti jagung manis telah diperkenal.  Diantaranya ialah Thai Supersweet, Manis Madu dan Masmadu.


VARIETI:

·         Thai Supersweet
Mempunyai warna tongkol yang berbeza-beza daripada kuning muda hingga jingga.  Warna endosperm kuning ke oren, bilangan barisan 12-16, panjang tongkol 15 sm, tempoh pengeluaran jambak bunga betina (50%) 59 hari, potensi pengeluaran 30,000 tongkol/hektar, rasa manis.
 
·         Manis Madu
Warna endosperm kuning putih ke kuningan, bilangan barisan 12-16, panjang 15 sm.  Tempoh pengeluaran jambak bunga betina (50%) 59 hari, potensi pengeluaran 30,000 tongkol/hektar, rasas manis.
 
·         Mas Madu
Mempunyai tongkol yang manis seperti madu serta lebih manis daripada Manis Madu.  Warna ensperm kuning emas ke oren, bilangan barisan setongkol 14, panjang tongkol 14-18 sm, tempoh pengeluaran bunga betina 45-50 hari, potensi pengeluaran 30,000 tongkol/hektar.  Tongkolnya juga lebih besar.  Rasanya manis, bagaimanapun warna tongkol varieti Masmadu yang kuning keemasan kurang digemari.  Pengguna lebih gemar jagung manis yang berwarna kuning muda (pucat).
Satu program pembiabakaan telah dijalankan untuk membaiki warna tongkol varieti Masmadu.  Hasilnya, satu varieti baru yang tongkolnya berwarna kuning muda telah ditemui.  Varieti ini dinamakan "Improved Masmadu".

yang ditanam oleh cikgu Yusainie PPKI 


Thursday, 19 September 2013

BESDAY PARTY PPKI@ MARRYBROWN

Semalam PPKI Kg Pasir mengadakan besday party untuk murid-murid PPKI di Marrybrown. Majlis ini diadakan sempena meraikan murid-murid dan merupakan aktiviti akhir tahun. Dalam majlis ini ada aktiviti permainan dan juga Chipmunk. Makan-makan sambil bermain dikendalikan seenuhnya oleh Marrybrown. Cikgu-cikgu hari tu rehat jer yer.Dalam pakej tu ade Chipmunk juga. Seronok tak kira budak-budak ini bila chipmunk keluar dengan kostumnya.Makan- makan dan makan jer. Majlis ini juga sempena meraikan cikgu Nazirah yang tamat tempoh bekerja menggantikan cikgu Haslina yang kembali bekerja. Jum kita layan gambar yang menarik ini.
persiapan awal

ckg pun nak juga interframe


inilah cipmunk kami


malulah


datang dah kek

kira bil

seronoknya


kek ditaja oleh wormen bakery


bye nak balik dah

gambar sebelum pulang
nak balik dah


SUKANEKA TUJU TIN DAN CARI GULA DALAM TEPUNG

Hari ini PPKI mengadakan sukanek ringkas untuk murid-murid . Permainan yang kami ialah tuju `tin dan cari gula dalam tepung. Tuju tin ini ckg main masa kecil-kecil dulu. Cara mainnya senang jer baling bola pada pihak lawan . Dalam masa yang sama pihak lawan akan susun tin bertingkat. Tapi jaga-jaga jangan sampai kena tuju dik bola. Cikgu - cikgu ppki pun turut main sama dengan murid. Penat . Memang penat permainan ini.Kalau tak cukup staminan boleh collapse yer.
kumpulan A diketuai cikgu Mira
kumpulan B diketuai cikgu Wani

susun jangan tak susun



cikgu Nasa macam tak puas hati

lepas  main tuju tin kita cari gula-gula pula yer.

buh bedak cikit yer

cepat Faris cepat

kak Haslina referee



Monday, 2 September 2013

PANCING HURUF IKAN

Pancing huruf ikan ini adalah aktiviti yang menguji kecekapan murid to hold the rod dan mengenal pasti huruf yang terdapat pada ikan. Pancing ikan ini memang dah dibeli dari kedai permainan dan tinggal tampal jerla huruf - huruf tu pada ikan. Suruh murid tangkap ikan bila dah dapat amnil hurud pada ikan itu dan tampal pada board.Suruh murid baca huruf itu dan kalu tak tahu baca boleh cikgu tolong bacakan.


BOWLING LAGI

Setelah sebulan setengah berehat akhirnya dapat juga berbowling hari ini. Hari ini ppki pergi terapi bowling di pusat bowling di central square sungai petani kedah. Kebetulan sewaktu kami main ada seorang pakcik PPD tengah tengok-tengok kami main bowling. Sempat juga dia mengajar sikit skill bowling yang sebenar. Ckg kongsikan sikit skill yang ckg tahu yer.

1- Mula pilih bola antara 9 ke 10 beratnya.
2- Pegang bola dalam keadaan tangan berbentuk lurus ke hadapan, kemudian tarik jadi bentuk L.
3- Keluarkan sedikit kaki kiri ke hadapan
4-Tarik tangan ke belakang dan hayun.
5- Berdiri permulaan mesti selangkah jarak dari target point kita.
6- Bila nak hayun bola hampir ke bawah pusingkan tangan tapak tangan mengadap ke atas dan bila hampir nak lepaskan bola tapak tangan dikalih mengadap ke bawah.
7- Bola akan jatuh berpusing-pusing.
8-Kaedah bola jatuh berpusing lebih baik kerana posibility pin untuk strike tinggi. Tetapi pastikan balingan mesti dituju tepat mengikut tanda arah hitam yang paling dekat.
9- Fokus. Penting dari permulaan memegang bola. Jangan gopoh dan gabra.
Kalau bola berat untuk balingan pertama, balingan kedua cuba gunakan bola ringan.






Sunday, 1 September 2013

LAWATAN KE TESCO

Pada 25/8 yang lepas PPKI SK Kampong Pasir telah mengadakan lawatan sambl belajar ke Tesco Sg.Petani Utara. Lawatan ini bertujuan mendedahkan murid dengan tempat-tempat awam, cara pengendalian kaedah jual beli dan pengurusan Tesco.Aktiviti ini disertai 28 orang murid dan 9orang guru.Seawal 9.30 pagi kami telah menaiki bas yang ditaja oleh SKPK Merbok. Sampai sahaja di sana kami disambut oleh Puan Diana bahagian HR Tesco.Puan Diana membawa kami ke setiap seksyen dalam Tesco memperkenalkan seksyen-seksyen tersebut. Setelah habis pusing sekitar Tesco murid-murid dan guru diberi peluang membeli belah dengan duit sendiri . Pada jam 12 tengah hari kami dijamu makan nasi goreng dan mendapat roti dan air ribena tajaan Tesco.
bersiap sedia untuk menaiki bas


syafiq dan najihah terpaksa duduk dalam troli untuk senang kawal


puan Diana memberi penerangan


dibawa seksyen ke seksyen




seksyen roti

TERAPI AIR SALAK DENAI YAN CHALLET

Dah lama rasanya tidak bercerita di sini. Al maklumlah sejak 2  3 4 menjak ni ckg sibuk sangat dengan pelbagai aktiviti ppki. Pada 23 /8 hari selasa lepas kami pergi Salak Denai Challet Yan bawa murid--murid bermain air atau terapi air. Ini memang dikira aktiviti tetap bulanan ppki sk kampong pasir. Dah namanya aktiviti air mandilah kan. Yang seronoknya aktiviti ini menghilangkan ketensionan kami-kami guru-guru dan murid-murid di kelas. Sambil bermandi manda sambil makan . Aktiviti tetap. Sebenarnya aktiviti ini dapat melatih murid-murid daya ketahanan diri mereka dalam air. Supaya mereka lebih confident berada di dalam air.Murid-murid ppki ada antara mereka yang takut air, jadi inilah masanya untuk tahu tahap kebolehan mereka. Tapi ada juga antara mereka terlalu berani terjun dala kolam 2 ,3 kali. Apapun aktiviti ini sangat menyeronokkan dan pasti kami nak datang lagi.

ANIS YANG WARNA PINK TU


CIKGU WATI DAN SYABIL


SAMBIL MANDI SAMBIL MAKAN



CIKGU NASA DAN ANIS

KAK SHIMA SEDANG MEMERAP IKAN

IKAN